Al-Kahf, dari ayat 51~60;
51. Aku
tidak jadikan mereka saksi atas kejadian langit-langit dan bumi, dan tidak juga
atas kejadian diri-diri mereka, dan aku tidak jadikan penyesat-penyesat sebagai
penolong.
52. Dan ingatlah
hari yang ia berfirman; “panggil lah sekutu-sekutu ku yang kamu adakan” lalu
mereka panggil sekutu mereka, tetapi mereka itu tidak perkenankan panggilan
mereka itu, dan kami adakan antara mereka, satu tempat kebinasaan.
53. Dan
orang-orang yang derhaka itu akan melihat neraka, dan akan yakin, bahawa mereka
akan jatuh didalam nya, dan mereka tidak dapati tempat berpaling daripada nya.
54. Dan
sesungguhnya kami telah ulang-ulang kan dalam Quran ini, bagi manusia, dari
tiap-tiap perumpamaan, tetapi adalah manusia makhluk yang paling banyak
bantahan.
55. Dan tidak menegah manusia daripada beriman
dan meminta ampun kepada Tuhan mereka duduk datang kepada mereka pertunjukkan,
melainkan rupanya lantaran hendak menunggu datangnya kehinaan yang telah
menimpa orang-orang yang dahulu atau kedatangan
azab berdepan-depan !.
56. Dan
tidak kami utus Rasul-Rasul, melainkan sebagai pengemar-pengemar dan
pengancam-pengancam, tetapi mereka yang tidak percaya, membantah dengan cara
yang salah, kerana mereka hendak menghilangkan kebenaran dengan cara itu, dan
mereka jadikan ayat-ayat ku dan ancaman yang didirikan kepada mereka, sebagai
permainan.
57. Dan
bukan kah tidak ada yang lebih menganyanyai
diri daripada orang yang sudah diingatkan kepadanya ayat-ayat Tuhan nya,
tetapi ia berpaling daripadanya dan lupa kepada apa yang telah dikerjakan oleh
dua tangan nya ? sesungguhnya kami telah adakan atas hati-hati mereka
tutupan-tutupan, supaya mreka tidak dapat mengerti, dan ditelinga-telinga
mereka kami adakan satu benda yang berat, maka diwaktu itu, tidaklah mereka
mahu terpimpin selamanya.
58.
Tetapi Tuhan mu, pengampun, yang mempunyai rahmat, jika ia mahu menyeksa mereka
lantaran apa yang mereka telah usahakan nescaya ia lekaskan bagi mereka, azab
itu tetapi adalah bagi mereka satu waktu tertentu yang mereka tidak akan dapat
tempat perlindungan selain daripada nya.
59. Dan penduduk
negari-negeri itu kami telah binasakan, tetakala mereka berlaku zalim, dan buat
membinasakan mereka, kami adakan satu waktu yang tertentu.
60. Dan
ingatlah tetakala Musa berkata kepada pelayan nya “aku tidak akan berhenti
hingga kau sampai dibatas pertemuan dua laut itu, atau hingga aku berjalan satu
masa yang panjang”.
.
.
.
[] https://plus.google.com/116177741797565001379/posts/KHAmwtfuAKX
.