Thursday 11 February 2016

Surah 18 (51~60)

Al-Kahf, dari ayat 51~60


51. Aku tidak jadikan mereka saksi atas kejadian langit-langit dan bumi, dan tidak juga atas kejadian diri-diri mereka, dan aku tidak jadikan penyesat-penyesat sebagai penolong.

52. Dan ingatlah hari yang ia berfirman; “panggil lah sekutu-sekutu ku yang kamu adakan” lalu mereka panggil sekutu mereka, tetapi mereka itu tidak perkenankan panggilan mereka itu, dan kami adakan antara mereka, satu tempat kebinasaan.

53. Dan orang-orang yang derhaka itu akan melihat neraka, dan akan yakin, bahawa mereka akan jatuh didalam nya, dan mereka tidak dapati tempat berpaling daripada nya.

54. Dan sesungguhnya kami telah ulang-ulang kan dalam Quran ini, bagi manusia, dari tiap-tiap perumpamaan, tetapi adalah manusia makhluk yang paling banyak bantahan.

55. Dan tidak menegah manusia daripada beriman dan meminta ampun kepada Tuhan mereka duduk datang kepada mereka pertunjukkan, melainkan rupanya lantaran hendak menunggu datangnya kehinaan yang telah menimpa orang-orang yang dahulu atau kedatangan  azab berdepan-depan !.

56. Dan tidak kami utus Rasul-Rasul, melainkan sebagai pengemar-pengemar dan pengancam-pengancam, tetapi mereka yang tidak percaya, membantah dengan cara yang salah, kerana mereka hendak menghilangkan kebenaran dengan cara itu, dan mereka jadikan ayat-ayat ku dan ancaman yang didirikan kepada mereka, sebagai permainan.

57. Dan bukan kah tidak ada yang lebih menganyanyai  diri daripada orang yang sudah diingatkan kepadanya ayat-ayat Tuhan nya, tetapi ia berpaling daripadanya dan lupa kepada apa yang telah dikerjakan oleh dua tangan nya ? sesungguhnya kami telah adakan atas hati-hati mereka tutupan-tutupan, supaya mreka tidak dapat mengerti, dan ditelinga-telinga mereka kami adakan satu benda yang berat, maka diwaktu itu, tidaklah mereka mahu terpimpin selamanya.

58. Tetapi Tuhan mu, pengampun, yang mempunyai rahmat, jika ia mahu menyeksa mereka lantaran apa yang mereka telah usahakan nescaya ia lekaskan bagi mereka, azab itu tetapi adalah bagi mereka satu waktu tertentu yang mereka tidak akan dapat tempat perlindungan selain daripada nya.

59. Dan penduduk negari-negeri itu kami telah binasakan, tetakala mereka berlaku zalim, dan buat membinasakan mereka, kami adakan satu waktu yang tertentu.

60. Dan ingatlah tetakala Musa berkata kepada pelayan nya “aku tidak akan berhenti hingga kau sampai dibatas pertemuan dua laut itu, atau hingga aku berjalan satu masa yang panjang”.

.
.
.
Following G+,
[] https://plus.google.com/116177741797565001379/posts/KHAmwtfuAKX






.